Thursday, June 11, 2009

Doa IBU...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih...
Ya Allah...limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan, serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan, demi kemurahan Mu...wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan...

Ya Allah...ampunilah segala dosaku ...dan jauhkanlah aku dari azab seksa api nerakaMu, dan azab seksa di alam baqa serta jauhkanlah dari seksanya ketika sakaratulmaut...

Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah zat yang menghimpunkan manusia pada hari Qiamat...Sesungguhnya Engkau tidak akan menyalahi janji...Ya Allah...himpunkanlah apa yang ku inginkan ...(sebutkan keinginan-keinginan tersebut)...kerana sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu...

Ya Allah...tambahkanlah kepadaku ilmu, dan berikanlah aku faham dengan pengertian yang baik. Ya Allah...aku memohon padaMu petunjuk, ketaqwaan, kesucian tubuh dan kekayaan jiwa. Ya Allah...matikanlah aku dengan mati yang baik (mampu mengucap kalimah syahadah), dan janganlah matikan aku dengan mati yang buruk dan keji (mati tidak beriman)

Ya Allah...tetapkanlah kami dalam agama Islam...dan ampunkanlah segala dosa-dosa yang telah kami lakukan samada sengaja ataupun tidak...dan peliharalah iman kami...
Amin Ya Rabbal 'alamin...

Setiap hari IBU doakan...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam...
Pujian yang melengkapi nikmatNya dan pujian yang menambahkan kelebihanNya...
Wahai Tuhan kami bagiMu segala puja-puji sebagaimana patut kerana kebesaran zatMu dan agung kekuasaanMu...
Ya Allah! Tolonglah kami supaya ingat kepadaMu, syukur kepadaMu dan elok ibadah kepadaMu.
Ya Allah! Aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan, Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan, Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil, Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia.
Ya Allah Ya Tuhan kami, Sesungguhnya kami memohon supaya Engkau memelihara kami, KepadaMu lah kami pertaruh agama kami, Ahli keluarga kami, Harta-harta kami.
Ya Allah! Jadikanlah kami dan mereka itu di dalam pemeliharaan, perlindungan, keamanan dan penjagaanMu daripada semua syaitan yang mempunyai mata, yang mempunyai kedengkian dan yang mempunyai kejahatan. Sesungguhnya Engkau di atas tiap-tiap sesuatu itu Maha Berkuasa. Ya Allah! Bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga...
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan dunia dan kebajikan di akhirat dan pelihara kami daripada azab api neraka.
Rahmat Allah ke atas penghulu kita, Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarga dan para sahabat semuanya.
Maha Suci Tuhanku,Tuhan yang mempunyai sifat kemuliaan daripada apa yang mereka gambarkan, Dan kesejahteraan ke atas segala Rasul, Dan segala puji semata-mata untuk Allah yang memerintah sekalian alam.
Amin Ya Rabbal'alamin....

KHUTBAH JUMAAT - “ SOLAT PENANDA ARAS KEKUATAN AKHLAK ”

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah kita tingkatkan taqwa kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar taqwa, dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan-Nya. Mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk: “ SOLAT PENANDA ARAS KEKUATAN AKHLAK ”.
Muslimin Yang Dirahmati Allah
Allah s.w.t. telah mewajibkan solat fardhu lima kali sehari semalam sebagai jadual Allah untuk memberi peluang kepada manusia mengingati dan tidak melupai-Nya. Apabila kita ingat, bererti kita sentiasa dekat kepada Allah s.w.t. yang memberi jaminan bahawa kita berada dalam zon selamat dan mendapat rahmat daripada-Nya. Kekuatan solat ini akan menentukan kualiti keislaman dan prestasi kecintaan kita kepada Allah serta mengukur pematuhan kita kepada syariat Islam. Kelemahan kita dalam menjaga kualiti solat akan menjerumuskan diri sebagai manusia yang rugi.
Justeru, betapa besar pengaruh solat terhadap kualiti keislaman ini, maka mimbar ingin mengingatkan bahawa solat adalah penanda aras kekuatan agama, akhlak, kunci pintu syurga dan amal yang paling mulia. Tertegaknya solat bermaksud tertegaklah agama, dan terabainya solat adalah meruntuhkan agama. Dengan demikian, kekuatan akar umbi kesungguhan melakukan solat bermula dari rumah. Umat Islam dan jemaah sekalian digalak memulakan amalan solat semasa berumur tujuh tahun. Apabila telah berumur sepuluh tahun, maka menjadi kewajipan ibu bapa atau penjaga menyuruhnya bersolat. Kalau ingkar mengerjakannya, maka diharuskan memukul sehingga perintah ini ditunaikan.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Thahaa ayat 132:
Maksudnya: “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa.”
Demikianlah tingginya kewajipan seorang muslim terhadap ibadah solat. Solat adalah amanah Allah s.w.t.. Sekiranya kita memelihara solat, nescaya kita sentiasa dipelihara oleh Allah, manakala jika kita mengabaikannya, maka kita tergolong orang yang rugi. Persoalan besar timbul ialah, apakah rahsia di sebalik perintah solat yang begitu kuat ini?. Antara lain, faedahnya ialah untuk kepentingan dan menjamin keselamatan umat manusia itu sendiri.
Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Solat adalah benteng diri daripada melakukan maksiat dan kemungkaran. Ini bermakna, muslim yang istiqamah solatnya akan menjadi insan berakhlak mulia, hidup dipenuhi amal soleh, bersifat amanah, berintegriti tinggi, dan berjiwa tawadhuk. Walau bagaimanapun berdasarkan pemerhatian mimbar, mereka yang mengabai dan meringan-ringankan pelaksanaan solat ini cenderung menjadi seorang yang rosak akhlak, bergelumang dengan maksiat, kejam, dan mengamalkan sifat keji sehingga mengancam kesejahteraan dirinya dan masyarakat.
Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang menjaga solat, nescaya solat itu menjadi cahaya, pembela, dan penyelamatnya di hari kiamat. Manakala mereka yang tidak menjaganya tidak akan mendapat cahaya, pembela, dan penyelamat. Bahkan mereka akan diletakkan bersama-sama dengan Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubay bin Khalaf.”
Berdasarkan hadith tadi, orang yang meninggalkan solat disebabkan harta akan dihimpun bersama Qarun, jika disebabkan pangkat akan dihimpun bersama Fir’aun, jika disebabkan jawatan akan dihimpun bersama Haman, dan jika disebabkan dunia korporat pula akan dihimpun bersama Ubay bin Khalaf seorang yang cintakan harta dan lupa akhirat. Kesemua watak korup ini boleh menyumbang kepada gejala negatif seperti pecah amanah, salah guna kuasa, pelanggaran kepada perlembagaan dan undang-undang negara, penyalahgunaan dadah, pelacuran, perzinaan, pembuangan bayi, kejadian jenayah, dan perceraian yang semakin meningkat hari ini, disebabkan kegagalan segelintir umat Islam menghayati fungsi solat.
Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Mimbar ingin mengingatkan, bahawa melakukan dosa besar bukan sahaja kerana berzina, mencuri, minum arak, menderhakai ibu bapa, tetapi termasuk juga perbuatan mengabai atau meninggalkan solat yang amat dimurkai Allah s.w.t dan sangat dahsyat azabnya di dunia dan di akhirat kelak. Ini telah dijelaskan oleh Nabi s.a.w. dalam salah satu gambaran azab sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj di mana orang yang meninggalkan solat memukul kepalanya sehingga hancur berulang-ulang kali. Selain itu, Allah s.w.t. akan mencampakkan golongan ini ke dalam neraka Saqar.
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Muddaththir ayat 43:
Maksudnya: “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? Orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk orang yang mengerjakan solat.”
Sekiranya kita dimurkai oleh Allah s.w.t., siapakah lagi yang boleh kita harapkan untuk menyelamatkan kita di akhirat kelak?. Lupakah kita tentang ingatan Rasulullah s.a.w. supaya tidak mengabaikan solat di saat akhir hayat baginda?. Begitu juga kisah ambil berat Saidina ‘Umar bin al-Khattab tentang solat walaupun dalam keadaan tidak sihat akibat ditikam oleh Abu Lu’lu’ah al-Majusi, tetapi apabila mendengar seruan solat!solat, beliau segera bangun mendirikannya.
Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Sempena kempen bulan dakwah di seluruh negara, maka mimbar ingin bertanya, apakah peranan para jemaah dan umat Islam sekalian dalam usaha menjadikan kekuatan solat itu sebagai penanda aras kekuatan kualiti beragama?. Mimbar menyeru ketua-ketua jabatan, majikan, pemimpin masyarakat dan ibu bapa sekalian supaya mengambilberat tentang kewajipan bersolat terhadap orang jagaan kita. Jangan bersifat lepas tangan. Sumbangan kita menggalakkan solat atau menyediakan kemudahan tempat solat yang selesa adalah dianggap sebagai langkah mendekati Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t. dalam surah at-Taubah ayat 71:
Maksudnya: “Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat baik, melarang daripada berbuat kejahatan; mereka mendirikan solat dan memberi zakat, serta ta'at kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

Apa makna HIDUP....

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti .

Hisablah hari pertama semoga hari yang keduakita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikandan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.

Rukun Iman ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.
Rukun Islam ada 5 dan puncaknya adalah SOLAT.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya dan terjemahkan. Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass. Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian. Ada2 penyelesaian dalam kes ini :Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita...Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia & sejahtera senantiasa... di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t. Amin!

Pesanan buat anak-anakku..

Dibiasakan mengambil, memberi, makan dan minum dengan tangan kanan. Jika makan dengan tangan kiri, diperingatkan dan dipindahkan makanannya ke tangan kanannya secara lembut.
Dibiasakan mendahulukan bahagian kanan apabila berpakaian. Ketika mengenakan kain, baju, atau lainnya dimulai dari kanan; dan ketika membuka pakaiannya dimulai dari kiri.
Dilarang tidur bertelungkup / menirap dan dibiasakan ·tidur dengan miring ke kanan.
Dihindarkan tidak memakai pakaian atau seluar yang pendek, agar anak membesar dengan kesedaran menutup aurat dan malu membukanya.
Dicegah menghisap jari dan menggigit kukunya.
Dibiasakan sederhana dalam makan dan minum, dan dijauhkan dari sikap rakus / gelojoh.
Dilarang bermain dengan hidungnya.
Dibiasakan membaca Bismillah ketika hendak makan.
Dibiasakan untuk mengambil makanan yang terdekat dan tidak memulai makan sebelum orang lain.
Tidak memandang dengan tajam kepada makanan maupun kepada orang yang makan.
Dibiasakan tidak makan dengan tergesa-gesa dan supaya mengunyah makanan dengan baik.
Dibiasakan memakan makanan yang ada dan tidak mengingini yang tidak ada.
Dibiasakan menjaga kebersihan tangan dan mulut dengan menggunakan siwak atau berus gigi setelah makan, sebelum tidur, dan bangun tidur
Dididik untuk mendahulukan orang lain dalam makanan atau permainan yang disukai, dengan dibiasakan agar menghormati saudara-saudaranya, sanak familinya yang masih kecil, dan anak-anak jiran tetangga jika mereka melihatnya sedang menikmati sesuatu makanan atau permainan.
Dibiasakan mengucapkan dua kalimat syahadat dan mengulanginya berkali-kali setiap hari.
Dibiasakan membaca "Alhamdulillah" jika bersin, dan mengatakan "Yarhamukallah" kepada orang yang bersin jika membaca "Alhamdulillah".
Supaya menahan mulut dan menutupnya jika menguap, dan jangan sampai bersuara.
Dibiasakan berterima kasih jika mendapat suatu kebaikan, sekalipun hanya sedikit.
Tidak memanggil ibu dan ayah dengan namanya, tetapi dibiasakan memanggil dengan kata-kata: Ummi (Ibu), dan Abi (Ayah).
Ketika berjalan jangan mendahului kedua orang tua atau siapa yang lebih tua darinya, dan tidak memasuki sesuatu tempat itu lebih dahulu dari keduanya untuk menghormati mereka.
Dibiasakan berjalan kaki di bahu jalan, bukan di tengah jalan.
Tidak membuang sampah merata-rata atau dijalanan, bahkan menjauhkan kotoran darinya. Membiasakan diri menggunakan tong sampah.
Mengucapkan salam dengan sopan kepada orang yang dijumpainya dengan mengatakan "Assalamu 'Alaikum" serta membalas salam orang yang mengucapkannya.
Diajari kata-kata yang benar dan dibiasakan dengan bahasa yang baik.

BUDAYA PELAJAR CEMERLANG

Peraturan EXAMS :

E - Early preparations ensures success.
X - X-check with past examination papers.
A - Analyse and Answer some questions for practice.
M- Memorise and Recall – don’t just re-read or review only.
S - Study your nervous for good exam performance.

- Early preparations ensures success.
ü Merupakan satu strategi yang bijak dan baik sekali.
ü Jika anda gagal merancang, anda merancang untuk gagal.
ü Persiapan awal menjamin kejayaan.
ü Dapat lebih banyak masa untuk mengulangkaji kerja.
ü Tidak menghadapi kecemasan bila peperiksaan menjelang tiba.

- X-check with past examination papers.
ü Semak semula soalan-soalan peperiksaan tahun lalu.
ü Banyak penemuan penting dibuat.
ü Baca kertas soalan peperiksaan.
ü Semak arahan-arahannya.

- Analyse and Answer some questions for practice.
ü Analisa soalan peperiksaan tahun lalu.
ü Cuba menjawab dalam bentuk garis kasar atau jawapan model.
ü Dapat latihan sebenar menghadapi jenis soalan yang serupa.
ü Semak markah pemeriksa dan ulasan mengenai soalan.
ü Bandingkan jawapan dengan rakan sekelas.
ü Baiki kelemahan yang ada dalam teknik mentelaah.

- Memorise and Recall – don’t just re-read or review only.
ü Ada nota ringkas tentang topik, tajuk atau soalan popular.
ü Hafal isi-isi penting.
ü Cuba ingat semula hujah-hujah yang akan digunakan.

- Study your nervous for good exam performance.
ü Mantapkan saraf untuk prestasi peperiksaan yang baik.
ü Peruntukkan masa rehat bagi otak semasa latihtubi.
ü Banyakkan rehat, jaga kesihatan dan pemakanan.

Tambahan :
Ø Doa dan tawakal sebagai pendorong. Bantu diri sendiri.
Ø Keyakinan untuk LULUS. Semuanya berada dalam ingatan.
Ø Sentiasa berdamping dan contohi budaya pelajar cemerlang. Amalkan.

PRASYARAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN

P- Persediaan awal menjamin kejayaan.
E- Elak ulangkaji di saat-saat akhir.
P- Peruntukkan masa secara bijak.
E- Elak perlakuan menipu atau meniru.
R- Rangka jawapan sebelum menjawab.
I- Isi – isi penting disusunatur dengan cepat.
K- Ketepatan, kekemasan, kualiti asas kejayaan.
S- Semak kerja berulang kali, selesai menjawab.
A- Analisa soalan terdahulu, elakkan kekangan.
A- Arahan dan kehendak soalan difahamkan.
N- Nilai prestasi diri dari semasa ke semasa.

Saturday, June 6, 2009

Pendekatan ILMU + AKAL + HATI tarbiah sesuai bagi Gen Y

Hakikatnya pada zaman dan era globalisasi ini, keimanan dan keislaman generasi pada masa kini hanya diwarisi tetapi tidak dihayati, difahami dan didalami sehingga ke akar umbi. Generasi Y adalah generasi yang celik teknologi, terutama dalam bidang teknologi komunikasi bermula dari internet sampai handphone…Teknologi paling banyak memberikan sumbangan bagi generasi ini…Generasi Y adalah pengguna aktif dan tidak boleh hidup berenggang dari teknologi-teknologi tersebut… kerana mereka dilahirkan dalam era ini, serba nak cepat dan segera.

Parenting skill sangat penting dalam menangani hal ini kerana ia melibatkan masalah moral dan keruntuhan akhlaq juga. Jika sekiranya ibu bapa tidak dapat berperanan dengan baik atau kurang ilmu bagi menyampaikan amanat ALLAH swt dengan sebaik mungkin, ia akan menjadi tanggungjawab besar pula bagi pakar2 motivasi, kaunselor2, pendakwah2, tabligh2, ustaz2 serta guru2 utk membawa dan menunjukkan mereka ke jalan yang benar...bukannya ajaran sesat!

Sebagai blogger yang prihatin, kita perlu memperbanyakkan bahan bacaan bermanafaat melalui teknologi seumpama ini… supaya Gen Y tidak tersasar…

Pendekatan "muhasabah diri" yang lazimnya digunakan oleh motivator, perlu diikuti dengan penambahbaikan “ilmu + akal + hati” yang berasaskan ilmu, hujah dan psikologi. Sebaik-baiknya ia berbentuk "usrah" iaitu gabungan islamik dan saintifik. Kaedah ini amat sesuai digunakan seperti blog2 motivasi yang tumbuh seperti cendawan dalam dunia internet walaupun maklumat bercampur baur dengan yang hak dan yang batil. Cara ini lebih mudah mendekati masyarakat internet yang liberal dan lebih expose.

Dinasihatkan dan galakan juga perlu diberi supaya ‘berguru’ terlebih dahulu jika ingin menuntut ilmu.

Mengenali Generasi X, Y dan Z

Assalamualaikum...

Kita perlu mengetahui perbezaan yang wujud antara generasi-generasi ini. Sedikit maklumat yang diperolehi dari ceramah sebuah kursus yang telah dihadiri baru-baru ini yang boleh dikongsi bersama.

Generasi X, Y dan Z adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi dalam kumpulan umur tertentu. Don Tapscott dalam bukunya Grown Up Digital membahagikan demografi penduduk kepada beberapa kelompok berikut:

1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya)
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga kini) – Generasi Z

1. Pre Baby BoomGenerasi
Pre Baby Boom lahir pada tahun 1945 dan tahun-tahun sebelumnya. Billings dan Kowalski menganggap generasi ini sebagai adaptive. Mereka mudah menerima dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.Generasi ini dianggap “orang lama” yang mempunyai banyak pengalaman kerana telah lama hidup.

2. The Baby Boom (lahir antara 1946 - 1964)
Generasi The Baby Boom adalah generasi yang lahir antara tahun 1946 hingga 1964. Istilah “baby boom” digunakan Don Tapscott merujuk pada kadar kelahiran yang tinggi selepas Perang Dunia Kedua. Sewaktu peperangan, ramai pasangan menangguhkan kelahiran disebabkan faktor kesusahan semasa perang.Mereka adalah kelompok generasi yang idealis. Generasi ini hidup berdikari dan tidak lagi terlalu bergantung kepada keluarga. Mereka mementingkan kerjaya atau pekerjaan“The baby boom” adalah generasi penyiaran (broadcasting). TV, radio dan akhbar mempengaruhi keputusan mereka.

3. The Baby Bust (lahir antara 1965 - 1976)
Selepas era “the baby boom”, kadar kelahiran di Amerika Syarikat turun dengan mendadak.Terma “the baby bust” , istilah yang sering dipakai ialah “Generation X”, mengambil tajuk novel Douglas Coupland. “X” merujuk kepada kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat walaupun mereka mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding “the baby boom”,Gen X ialah generasi internet. Generasi X menganggap internet sebagai media yang tidak memerlukan kepakaran (nonspecialist media). Sesiapa saja boleh gunakan internet dan melahirkan pandangan mereka.

4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 - 1997)Ini dikenali sebagai Gen Y. Salah satu faktor mengapa “Net Gen” kekal agak lama ialah wanita pada ketika ini memilih untuk berkeluarga dan melahirkan anak pada usia yang agak lewat, iaitu 30an atau 40an.

5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga sekarang)Mereka juga dikenali sebagai Gen Z. Umur mereka yang paling tua sekarang ialah 10 tahun.

Berikut ialah peratusan kelompok ini dalam konteks penduduk Malaysia (lihat “Buletin Perangkaan Sosial” yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia:

* Pre-Baby Boom (63 tahun ke atas) - 4%
* The Baby Boom (45 hingga 62 tahun) - 16%
* The Baby Bust / Gen X (32 hingga 44 tahun) - 21%
* The Echo of Baby Boom / Gen Y (11 hingga 31 tahun) - 21%
* Generation Net / Gen Z (sehingga 10 tahun) - 38%

Antara ciri-ciri yang ketara di kalangan “Generasi X” (berumur antara 32 hingga 44 tahun) dan “Generasi Y” (berumur antara 11 hingga 31 tahun) ialah mereka inginkan kebebasan membuat pilihan dan bersuara, menghargai keterbukaan, ketelusan dan integriti, cenderung kepada “collaboration” dan hubungan antara satu sama lain; interaktif dan inginkan sesuatu secara pantas (speed).

Kelompok Generasi X dan Generasi Y sekiranya dicampurkan menunjukkan dua kelompok ini mewakili 42% dari penduduk Malaysia. Ertinya hampir separuh dari penduduk Malaysia adalah golongan generasi muda dan remaja yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 44 tahun, manakala Generasi Z yang merupakan 38% dari jumlah penduduk merupakan kanak-kanak yang masih berada di bangku sekolah rendah.

Generation Y, also known as The Millennial Generation, is a term used to describe the demographic cohort following Generation X. Its members are often referred to as “Millennials”. There are no precise dates for when Gen Y begins and ends, but usually it is between the late 1970s and early 2000s, with the average definition given being about 1980 to 1995.[1][2] Generation Y has been referred to as the offspring of the Baby Boomers, Generation Jones, and Generation X cohorts.